ORDER FORM TERMS TAKE NOTE
STATUS CUSTOMER:
NAMA:
Email (HARUSLAH BUKA SELALU):
ALAMAT PENGEPOSAN:
NO TELEFON:
ITEM YANG INGIN DIBELI:
PENGEPOSAN:
CARA PEMBAYARAN:
DARIMANAKAH ANDA TAHU KEWUJUDAN SAC?:

Sila pastikan anda cek SPAM BOX/BOXBE/JUNK MAIL sekiranya tidak mendapat reply order dari SHAWLS@AYUCINTA dalam tempoh 48 jam selepas membuat tempahan.

PEMBAYARAN HARUS DIBUAT DALAM TEMPOH 48 JAM SELEPAS ODER ANDA DIREPLY.

SILA CEK EMEL ANDA KERANA SEMUA ODER AKAN DIREPLY MELALUI EMEL.

SHAWLS@AYUCINTA HANYA YANG TERKINI UNTUK ANDA.

LIKE FACEBOOK SHAWLS@AYUCINTA UNTUK MENGETAHUI UPDATE TERKINI.

FACEBOOK : SEARCH SHAWLS@AYUCINTA

TWITTER : SHAWLSAYUCINTA


Click here to create your own form.

TIPS PENJAGAAN RAMBUT UTK MUSLIMAH BERTUDUNG

Salam semua..hari ni sekali lagi ayu rajin nk bagi tips kat korang semua.nak tau tip ape..tip ni rasenye paling best kot..hik3..Hari ni ayu nak bagi tip penjagaan rambut untuk wanita bertudung.
Sebenarnya bagi kita yang pakai tudung ni penjagaan rambut amatlah penting supaya rambut kita ni elok dan cantik..tak ada kutu,kelemumur dan sbgnya,betol tak??ok jom kita tengok tip2nye ek..
Tips 1 : Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda,dapatkan nasihat dari orang yang pakar.
Tips 2 : Jika anda memakai tudung kepala,pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu.Jika tidak rambut akan mendapat masalah seperti kelemumur,rambut berbuah,rambut berbau dan pening kepala.
Tips 3 : Semasa anda mengeringkan rambut dengan tual,cara terbaik adalah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut.Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Ingat!!JANGAN GOSOK RAMBUT ANDA DENGAN KASAR!
Tips 4 : Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung,letakkan santan kelp di atas rambut.Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala.Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai.Untuk kesan yang terbaik,amalkan cara ini seminggu sekali.
Tips 5: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung,sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus.Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yng secukupnya.
Tips 6 :Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum
Tips 7 : Untuk menghilangkan kelemumur,gosokkan kuli kepada anda dengan limau purut yang telah dihangatkan.Setelah kelemumur gugur,basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur.dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
Tips 8 : Untuk rambut anda berminyak,pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari.Faktor-faktor rambut berminyk seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan ,tekanan yang anda alami,keadaan cuaca panas ataupun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
Tips 9 : Sikat rambut anda bila perlu sahaja.Tapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus.Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut,ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.Dan jangan sikat rambut terlalu kasar.
Tips 10 : Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tidk mudah kusam.
Tips 11 : Jika anda perlu juga menggunakan alat pengering rambut (hair dryer) jalan penyelesainnya ialah : Sebelum melakukan blow letakkan foam,setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan.Tujuan foam dan setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan.
Tips 12 : Untuk mendapatkan rambut yang halus,gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.
Tips 13 : Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalu ketat.Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan tidak berbau.
Oklah..rasanya ini sahaja yang dpt diberikan untuk tatapan anda semua..:)Mudah-mudahan anda dapat lah mempraktikkannya ye.
Jika masalah anda dapat diselesaikan,saya turut berasa gembira.Jika tidak teruskan berusaha dan jangan cepat putus asa tau..

TIPS MENCUCI TUDUNG



Salam semua..sekarang ni banyak tip yang ayu bagi ek..hehe..bukannye untuk menunjuk2 atau ape..x de maksud langsung.macam tip yang arini ayu nak bagi pasal mencuci tudung.yela sekarang ni boleh dikatakan majoriti kita bertudung dengan pelbagai jenis tudung.jadi apa salahnya kalau ayu nak share dengan korang TIP MENCUCI TUDUNG ni..

a.Tudung dari bahan polyster

1.Rendamm berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.
2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.
3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.
4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.
5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.


b.Tudung dari bahan sutera.
1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.
2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.
3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.
4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.
5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

C.Tudung dari bahan kapas.
1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

d.Tudung dari bahan tenunan.
1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.
4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

e.Tudung dari bahan pashmina
1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.
2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.
3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.

Haaaa...inilah serba sedikit tips mencuci tudung
~SELAMAT MENCUBA~

CARA PAKAI SHAWLS AYUCINTA~ARABIC SHAWLS~

Salam..jomla tengok CARA PAKAI SHAWLS AYUCINTA.

Shawls jenis ARABIC SHAWLS tau.simple dan mudah.

MARI..MARI..

Abaikan budak yang tidak cantik itu ye.

CARA PAKAI SHAWLS/SELENDANG.

Salam syg2ku sume..
kat bawah ni adelah tutorial nak pakai shawls tau..macam2 gaya ada..jom tengok..
Teknik penggayaan untuk bersantai.
Teknik Penggayaan untuk ke pejabat.
Boleh juga ke pejabat.
Teknik untuk pergi majlis rasmi.
Teknik penggayaan untuk bersantai..

Tutorial :

 
Designed with love by FaqihahHusni. Copyright by Shawl@AyuCinta - 2012