ORDER FORM TERMS TAKE NOTE
STATUS CUSTOMER:
NAMA:
Email (HARUSLAH BUKA SELALU):
ALAMAT PENGEPOSAN:
NO TELEFON:
ITEM YANG INGIN DIBELI:
PENGEPOSAN:
CARA PEMBAYARAN:
DARIMANAKAH ANDA TAHU KEWUJUDAN SAC?:

Sila pastikan anda cek SPAM BOX/BOXBE/JUNK MAIL sekiranya tidak mendapat reply order dari SHAWLS@AYUCINTA dalam tempoh 48 jam selepas membuat tempahan.

PEMBAYARAN HARUS DIBUAT DALAM TEMPOH 48 JAM SELEPAS ODER ANDA DIREPLY.

SILA CEK EMEL ANDA KERANA SEMUA ODER AKAN DIREPLY MELALUI EMEL.

SHAWLS@AYUCINTA HANYA YANG TERKINI UNTUK ANDA.

LIKE FACEBOOK SHAWLS@AYUCINTA UNTUK MENGETAHUI UPDATE TERKINI.

FACEBOOK : SEARCH SHAWLS@AYUCINTA

TWITTER : SHAWLSAYUCINTA


Click here to create your own form.

Tanx Paper KOSMO!

Salam sume..
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan dari ILAHI..
Hari ni shawls ayu masuk dalam Paper KOSMO tau..(1/3/2010)
Korang bolehla klik kosmo online kat bawah ni..ataupun dapatkan Paper KOSMO hari ni..hehhee...



Pesona selendang
Oleh AQMAR ALLADADaqmar.alladad@kosmo.com.my
SANGGUL tinggi ala wanita Arab menjadi trend popular hari ini.
PENGGAYAAN lilitan tudung kini dipelbagai mengikut cita rasa yang lebih segar dan moden. Lihat sahaja bazar yang di Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pelbagai jenis tudung bergantungan.
Lokasi itu merupakan lubuk bagi anda yang bertudung untuk mendapatkan koleksi terbaru.
Disebabkan tawaran harga yang berpatutan dan mampu dimiliki, selendang panjang atau pashmina contohnya semakin digemari oleh kaum wanita.
Penggayaan selendang sebagai tudung juga kini lebih bebas memandangkan teknik lilitannya yang dipelbagaikan.
Selendang boleh menjadikan penampilan anda lebih anggun.
Selendang juga berubah mengikut musim dan gaya pemakaiannya semakin bijak serta bertenaga.
Seiring dengan arus fesyen, gaya lilitan selendang turut dipengaruhi fesyen dari luar negara, misalnya cara pemakaian wanita Arab dan Indonesia.
Kadangkala dari situ ada wanita yang cuba meniru serba sedikit teknik dan gaya lilitan tetapi masih bersesuaian dengan budaya negara ini.
Umum mengetahui selendang panjang sebenarnya sudah lama menjadi amalan pemakaian wanita Arab. Lebih istimewa lagi pemakaian mereka langsung tidak menggunakan sebarang pin atau kerongsang.
Lilitan kemas
LILITAN kemas ke belakang paling ideal dipraktikkan oleh wanita aktif.
Wanita Arab lebih senang menggunakan kaedah lilitan di bahagian hujung selendang kemudian menyelitkannya di bawah dagu.
Bagaimanapun, teknik yang dipraktikkan itu mestilah menggunakan selendang yang tebal dan tidak licin. Di negara ini selendang nipis dan berfabrik licin lebih mendapat sambutan di kalangan muslimah.
Malah warna yang ditonjolkan juga lebih moden dan berwarna-warni. Dengan pilihan selendang yang pelbagai hari ini, yang pasti anda tidak akan kekeringan idea untuk tampil menarik menerusi variasi teknik lilitan tudung.
Sebagai contoh, teknik lilitan kemas ke belakang amat sempurna bagi si pemakai yang memerlukan banyak pergerakan. Cara pemakaiannya mudah sahaja, ketatkan bahagian bawah dagu dengan kerongsang kecil.
Sama panjangkan selendang itu, lalu tarik kebahagian belakang dengan tidak terlalu ketat. Ini kerana anda perlu meninggalkan sedikit lebihan kain untuk menutup bahagian dada dengan selendang.
Jika anda selesa berpenampilan ringkas, anda boleh mengelak menggunakan kerongsang untuk kelihatan menarik. Tetapi anda perlu bijak mengaplikasikan aksesori lain seperti rantai dan cincin.
Mungkin gaya sebegini dilihat terlalu rumit untuk melakukannya. Tahukah anda dengan mengambil masa tidak lebih sepuluh minit, kejelitaan anda akan cukup bermakna apabila rakan bertanya cara pemakaiannnya.
Bagaimanapun gaya lilitan itu sesuai untuk mereka yang berambut panjang. Tetapi jika anda berambut pendek, anda boleh menggunakan kain untuk membuat bonjolan seolah-olah seperti sanggul.
Selepas itu, butangkan bahagian bawah dagu dengan rapi, kemudian sama panjangkan selendang itu.
Selesai sahaja asas tersebut, ikat ketat kain lebihan seperti bentuk reben.
Harus diingatkan jangan sesekali meletakkan ikatan reben di bahagian depan kerana ia akan menghilangkan nilai eksklusif tudung itu.

KERATAN DARI KOSMO ONLINE.
1 MAC 2010

Tutorial :

 
Designed with love by FaqihahHusni. Copyright by Shawl@AyuCinta - 2012